BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

maklumat umum

JKKP: Pengerusi JKKP Sungai Pinang
Nama JKKP: Encik Yusof bin Salam
Alamat: 281 Mukim 3, Sungai Pinang
11010 Balik Pulau
Pulau Pinang
Tel: 017-4507827

JKKN: Pengerusi JKKN Sungai Pinang
Nama JKKN: Encik Haron bin Husin
Alamat: SBlh 377 Mukim 3, Sungai Pinang
11010 Balik Pulau
Pulau Pinang
Tel: 013-4364916

penghulu
Encik Razali bin Ahmad
Alamat:Pejabat Daerah Dan Tanah Barat Daya
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
No: Tel : 04-8691134

ADUN Kawasan: ADUN Teluk Bahang
Nama ADUN: Y.B. Dato’ Seri Dr. Hj. Hilmi bin Hj. Yahaya
Alamat: Pejabat UMNO Bahagian Balik Pulau
No. 9 Taman Pasir Mas,
Simpang Empat,
11000 Balik Pulau, Pulau Pinang.
No. Tel Pejabat: 04-8661760
No. Fax : 04-8661821

Parlimen Kawasan: Parlimen Balik Pulau
Nama Ahli Parlimen: Y.B. En Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff
Alamat: Pusat Pemudahcara & Maklumat Masyarakat739 MK D, Jalan Bharu11000, Balik Pulau Pulau Pinang
No. Tel Pejabat: 012-4143191 / 013-4531203
No. Faks: -

Latar belakang

Latar Belakang Sungai Pinang


Menurut cerita orang tua nama Sungai Pinang diambil sempena nama pohon pinang yang tumbuh dengan banyak di sepanjang sungai pinang dan kawasan sekeliling. Kebetulan buah pinang mendapat pasaran yang baik pada masa dahulu kerana ia menjadi bahan mentah yang penting untuk dijadikan minyak tanah. Buah pinang setengah masak atau istilah pasarnya dikenali sebagai “ Pinang Pok” di takik dan untuk menghilangkan getahnya ia direndam ke dalam sungai tersebut. Aliran sungai yang asal melalui Mukim A Tengah tetapi apabila berlaku banjir besar pada tahun 1932 (lebih kurang jam 12.02 tengah hari) telah mengakibatkan sungai tersebut pecah dan arah alirannya bertukar kepada aliran sekarang.

Sungai Pinang terletak di Daerah Barat Daya iaitu dalam kawasan Parlimen Balik Pulau. Sungai Pinang mempunyai penduduk tetap yang merangkumi 64% kaum Melayu dan 36% kaum Cina.mengikut statistik kajian penduduk 2004 penduduk sungai Pinang hampir 3683 orang. Majoriti Penduduk Sungai Pinang berpendapatan sederhana. Kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, nelayan dan bekerja sendiri. Hanya sebilangan kecil menjawat jawatan penting di sektor awam.

Sungai Pinang terkenal pesat membangun sealiran dengan zamannya. Terdapat kemudahan perniagaan seperti pasar malam, rumah kedai serta kemudahan awam seperti sekolah, klinik, masjid dan kemudahan taman rekreasi. Contohnya Taman Rekreasi Sungai Pinang yang semakin terkenal. Pembangunan yang paling ketara ialah pembinaan Perpustakaan Desa Siber Ilmu Sungai Pinang yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat.